Owner Post Them Follow Dash



Fly Away
Strike Dream;

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
Most of my enjoyable moments are written here
Pardon my words

Tagboard


Enjoy reading ^^
xAqilahIzzatix


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Goodbye


Assalamualaikum. :)

{ Goodbye 2014 }
I hope its not too late to write a new year's post. Well, its a great end I guess. I've known many people throughout the year. Terlalu banyak kenangan pahit, manis, suka dan duka sepanjang tahun ni. Tapi semua tu lah yang buat aku jadi lebih kuat dan matang. 

Masa awal tahun 2014, aku rasa macam 2014 will be the 'worst year' for me. But, its not anymore. Tak dapat masuk sbp dan terpaksa masuk Redza. Sebenarnya, sekolah tu lebih kurang sama je dengan sekolah - sekolah lain. Cuma aku je yang terpengaruh dengan kata kata orang. Dan dapat pulak kelas yang sorang pun aku tak kenal. Lagilah semangat aku jatuh merudum weh. Masuk second week baru boleh sesuaikan diri. Quite tough actually. Aku dapat kelas 1 AAB. Guru kelas kitorang Ustazah Hasnah. Baik gila lepastu dia ajar BAK pun best. Dengar radio, nyanyi semua. Senanglah nak masuk pastinya. Semua cikgu baik. Deskmate, classmate aku pun semua baik baik, gempak jugaklah. Takdelah sunyi sangat kelas tu.

Masuk first week bulan 2, balik balik sekolah je ibu kata result sbp untuk second intake dah keluar. Bila bukak je, tup tup dapat. Masa tu tak expect pun dapat smap. Dan aku pun rasa macam tak nak pergi je sebab aku dah mula sayang sekolah aku, sayang classmates aku, sayang cikgu semua, mula dapat best friend baru. Berbelah bahagi jugak hati ni antara nak pergi atau tak. Sebulan dah aku sekolah situ. Cikgu, classmates semua aku dah boleh ngam. Tapi mengenangkan mak aku berharap sangat aku masuk sekolah agama, ku gagahkan jua diri ini (halamak ayat). Sebenarnya aku nak pergi sekolah 3 hari sebelum daftar (konon nak ucap selamat tinggal) tapi disebabkan barang semua tak siap lagi, tak jadilah aku pergi.

Hari Rabu (12 Februari 2014) hari pertama aku bergelar sebagai pelajar smap. Aku dapat kelas 1 Ibn Muqaffa'. Mula-mula, aku nampak Mai. Rasa macam muka dia familiar. Rupa-rupanya, memang pernah kenal pun. Kitorang pernah terserempak masa rimup, Tapi masa tu, kenal biasa biasa je lah. Kenal pun sebab dia satu group dengan Danial. First week aku dekat smap tu aku okay lagi. Masuk second week,  dah mula melalak minta balik. Tu pun sebab gaduh dengan dormate. Ibu aku pun pelik kenapa aku menangis. Ibu kata aku jenis hati keras. Marah lah macam mana pun, rotan lah macam mana pun, tak menangis punya. Tak tahulah kenapa masa tu aku menangis hehe. Lepas dua tiga hari, baru aku okay dengan dia. Tu pun melalak jugak dekat ibu mintak balik. Aku mana biasa berdikari sangat. Dah biasa ada ibu dekat mana - mana pun. Sebab tu lah melalak tak tentu pasal.

And now, dah setahun dah aku duduk dekat smap tu tapi takdelah tepat - tepat 12 bulan 365 hari aku duduk dekat smap tu. Baru sekarang aku sedar kenapa Allah tempatkan aku dekat Redza dulu sebelum smap. Dekat Redza aku kenal Aimi, Najihah, Ummu, Erin, Asma', ramai lagilah. Aku belajar untuk tengok ragam perangai manusia yang tak pernah aku tengok. Sebab tu lah aku rasa macam senang sikit nak belajar kenal kawan - kawan dekat smap. Dekat smap aku kenal Amni, Akrimi, Kak Tasha, Auni, (ramai sangat nak mention nama) hehe. Pengalaman bergaduh dengan classmates tidak lupa juga dormate, semua tu lah yang mendewasakan aku, Terima kasih semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam tahun 2014. :)

Hello 2015. :)